Bismillahirrahmanirrahim wa assalamualaikum wbt..
Ehem..!! kali nih azi nak share ape y azi blaja tym awal2 azi smpai
kat mesir nih dulu.. tarikh blaja.. errr, x ingt.. hehehe
panduan
cara sembelihan haiwan mengikut kaedah
Al-Marhum
Tuan Guru Hj Hashim Pasir Tumboh
Ø Sebelum keluar rumah untuk melakukan penyembelihan
1. Pastikan tubuh
bersih daripada segala kekotoran dan seeloknya mandi terlebih dahulu (psstt..
kalau nk ketiak bersih, guna tawas.. hehe)
2. Ambil wudu’
sebelum melakukan ibadat penyembelihan (mendatangkan keberkatan)
3. Sediakan daun
semeru, lalang, daun serai, dan sebiji bawang merah bersaiz kecil.
4. Pastikan
memakai pakaian yang bersih serta memakai penutup kepala. (seeloknya serban)
5. Pisau mestilah
tajam, lebih afdhal pisau yang dikhaskan utk sembelih shj dan tidak digunakan
utk melapah kulit dan sebagainya (saiz universal 1o inci.. nk tajam, jangan
sampai tulang.. daging aje..!!)
6. Memakai
bau-bauan
Ø Sebelum melakukan penyembelihan
1. Ambil bawang
merah kecil, pecahkan dan ramaskan bersama-sama daun serai, daun semeru dan
lalang (pucuk jagus)
2. Ambil minyak
hidung, sapukan pada pisau dan kemudian sapukan campuran bawang merah, lalang,
daun serai, semeru yang siap diramas dan gumpal ke pisau serta kedua-dua belah
tangan sampai ke siku.
3.
Pastikan dalam
keadaan tenang dan nafas tidak berdengus kuat kerana ianya menyebabkan daging
akn menjadi keras sekiranya pernafasan tidak dikawal. (rilex rilex..)
4.
Baca doa
sebelum melakukan penyembelihan.
Ø Semasa melakukan penyembelihan
1.
Masuk dari arah
hadapan haiwan yg ingin disembelih setelah ianya direbahkan dan ikatkan.. (bagi
lembu, unta, kambing, kerbau dan biri-biri..)
2.
Pastikan
kedudukan tempat yg ingin disembelih di bahagian tengkuk haiwan itu tidak
membetuli dgn kemaluan (ia akn buat daging bau hancing), tulang kering, keting,
dan betis penyembelih (ia akn buat daging mnjadi keras). Elakkan sedikit kearah
mengikut keselesaan supaya tidak menyukarkan semasa penyembelihan dilakukan.
3.
Cari biji
halkum haiwan, hendaklah disembelih di bawah biji halkum dgn jarak yg dekat.
Sekiranya haiwan yg tua, sembelihlah betul-betul di atas halkumnya. Ini akan
menjadikan daging haiwan tersebut tidak berbau dan mudah empuk apabila dimasak.
4.
Elakkan
penyembelihan jauh drpd halkum krn ianya akn menyebabkan daging berbau hamis
serta liat utk dimasak. (kalau dkt dgn jantung pulak, darah akn membuak-buak, x
caye.. cuba try test.. huhu)
5.
Sembelihlah
haiwan dlm keadaan y tenang, jangan sesekali menahan nafas dan dalam keadaan
gigi terkacip. (senyum..!! jgn tahan nafas..!! cool~)
6.
Bagi melakukan ibadah
korban dan aqiqah, hendaklah diniatkan ibadah tersebut semasa percikan darah
pertama jatuh ke tanah atau semasa hirisan pertama.
7.
Hendaklah
dihabiskan sembelihan di sebelah atas krn ianya boleh mengelakkan daging
dihurung oleh langau dan lalat y banyak.
8.
Wajib
memutuskan 3 urat iaitu halkum, saluran makanan dan urat saluran darah.
Disunatkan memotong urat semerih, krn faedah memotong urat semerih adalah bagi
mengelakkan haiwan kembali berdiri setelah disembelih..
*urat paling
kanan = wadajan
*kalau dah
sembelih, haiwan bangun dan lari2 samada
1. masuk sungai
-> boleh makan
2. kalau kejar
-> x boleh makan
*kedua2nya perkara
y x disengajakan
*waktu sembelih,
pisau jgn angkat, kalau angkat, then darah berhenti, haram makan
Ø Selepas melakukan sembelihan
1.
Sapu hujung
pisau pada pipi haiwan yg disembelih dan sapu pisau di badan haiwan serta dgn
tangan yg terkena darah.
2.
Jangan basuh
tangan dan pisau selepas penyembelihan haiwan, basuhlah selepas haiwan y
disembelih mati terlebih dahulu krn ianya boleh mengelakkan daging jadi
berlemak.. (petua!! Hehehe)
3.
Sapu badan
haiwan drpd kepala sampai ke ekor sambil membaca surah Al-Quraisy utk sembelihan kenduri bagi
melariskan daging, begitu juga daging utk dijual..
*binatang y
koma, tapi masih gerak2.. kalau sembelih, haram makan alasan dy gerak2 tu sbb
baki muscle (otot2) dy y masih hidup..
#kalau sembelih itik, sembelihlah kat atas dkt dgn kepala, supaya
cepat mati.. begitu juga dgn binatang2 y bersayap..
#lauk kari ayam ke, kari daging ke, ape skali pn y melibatkan
daging haiwan y berdarah y dibuat masakan, kalau terkena pada baju bersaiz
sebesar 1o sen dan lebih besar lagi.. maka baju itu x boleh bawak solat sbb
lauk tu dah bercampur dgn darah daging ketika masak.. begitu juga air rendaman
mayat /organ kat lab.. kalau terkena baju, so kne la tukar baju lain utk buat
solat..
++ tambahan, kalau sentuh organ mayat y x tau samada hak llki or
prmpn spt jantung, hati, tulang, x batal air sembahyang.. tapi kalau sentuh
kulit atau organ lain y tau mmg ianya hak milik llki atau prmpuan spt kulit
muka, kulit tgn, kemaluan maka batal air sembahyang mengikut syarat2 batalnya
air sembahyang mcm biasa..
Ø Doa semasa menyembelih haiwan
اللهم ءانا نساءلك رضاك والجنة
فروح وريحان وجنة نعيم
بسم الله والصلاة على سيدنا محمد النبي
الكريم
بسم الله الله ءاكبر وبسم الله
الرحمن الرحيم
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق