Sahabat
mendatangi Nabi Muhammad SAW dan mengadu sakit mata. Nabi bersabda mengikut
rekod Ibn Asakir, “Lihatlah Quran” Demikianlah agungnya Quran, kitab yang
mengandungi kata-kata Tuhan. Sedangkan melihatnya pun sudah menyihatkan mata,
inikan pula membacanya. Rekod menjelaskan para ulama’ terdahulu menyarankan
kita membawa Quran dengan perasaan seolah-olah kita berbicara dengan Tuhan
apabila kita hendak memperoleh manfaat daripadanya. Alangkah indah..!!
…
Ibn Sina
berpendapat doctor terbaik adalah doctor y dpt mengubati pesakitnya tanpa
memberi ubat bahkan tanpa menyentuh pesakit. Sebenarnya bukan ubat y
menyembuhkan penyakit. Biasanya penyembuhan penyakit bermula drpd bagaimana si
doctor melayan pesakitnya. Nabi Muhammad SAW bersabda : “Apabila ubat yang
tepat mengenai penyakit, maka sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah”
Sebenarnya, banyak penyakit dapat disembuhkan dgn sentuhan insani doctor.
…
Apabila
kita mengalami keracunan, ambillah 5o gram daun cincau. Perah dlm empat gelas
air hingga air menjadi hijau. Biarkan ia sebentar dan kemudian tambah 5 sudu
nira. Kacau rata dan minumlah dua kali sehari. insyaAllah keracunan ditawarkan.
Jika kita tidak sempat membuat cincau, carilah cincau hijau di pasar sebagai
gantinya.
…
Sembelit
berpunca daripada pemakanan tidak seimbang. Apabila mengalami sembelit, tambah
pengambilan air dan makanlah bayam. Ini kerana bayam adalah pelawas y baik.
Bayam juga mengandungi zat besi dan klorofil y membantu meningkatkan metabolisme
dan kekuatan otot dan mencegah dan menyembuhkan anemia.
…
Cacing
adalah parasit y sering ditemui di dlm badan manusia terutamanya kanak-kanak.
Apabila terdapat cacing di dlm badan, dapatkan 3 cubit halia y dihiris nipis.
Tambahkan 3 gelas air. Rebus campuran hingga airnya tinggal separuh. Kemudian
sejukkan dan tapis campuran itu. Tambah 2 sudu besar madu dan kacau rata. Minum
campuran itu sebanyak 3 kali sehari iaitu separuh gelas setiap kali minum.
Lakukan hingga cacing keluar.
…
Kadar
kolesterol y tinggi merosakkan pembuluh darah dan menjejaskan fungsi jantung.
Atasi masalah ini dgn segera. Caranya adalah dgn mendapatkan 2 bawang putih,
kemudian kukus selama 15 minit bagi menghilangkan baunya. Makanlah bersama
sarapan atau makan tengah hari. Selain menyeimbangkan kadar kolesterol, bawang
putih juga dapat mencegah penggumpalan darah dan serangan jantung.
…
Barah
adalah penyakit berbahaya. Perbelanjaan y perlu dikeluarkan bagi menanganinya
pula adalah tinggi. Jadi eloklah ia dicegah. Salah satu cara mencegahnya adalah
dgn cara memakan pasli y masih segar. Pasli mengandungi miristin, asid folat,
dan vitamin A serta C. pengambilan pasli mentah mengurangkan risiko barah.
…
Pelbagai
kajian menunjukkan bawang putih mengandungi antibiotic y ampuh. Antara lain ia
bermanfaat bagi mengubati penyakit jangkitan saluran pencernaan dan radang
kerongkong. Bagi menyembuhkan radang kerongkong, campur satu ulas bawang putih
y ditumbuk dgn 1 sudu besar madu. Minum campuran itu 3 kali sehari. insyaAllah
sembuh.
…
Pesakit
kencing manis perlu melatih diri mengawal kadar gula dlm darah dgn cara:
1. Tidur
sekurang-kurangnya 6.5 jam sehari
2. Bertahajjud
secara rutin, khusyuk dan hudhur
3. Memastikan
pemakanan y seimbang
4. Bersenam dgn
berjalan cepat
5. Mengelakkan
makanan manis
Sediakan
campuran setengah sudu kecil campuran serbuk jintan putih dan secawan air
panas. Biarkan campuran itu selama 15 minit, lalu tapis. Apabila pemanis
diperlukan, tambah satu sudu kecil madu asli.
…
Minumlah
teh hijau. Teh hijau mengandungi antioksida katekin y bermanfaat meneutralkan
radikal bebas. Ia juga dipercayai dpt membantu membakar kalori dan menurunkan
kadar kolesterol di dlm darah. Badan terasa segar apabila minum 2 gelas teh
hijau sehari.
…
Perut
kembung selalu berlaku kpd orang y mempunyai kelainan dlm system pencernaannya.
Ini berlaku krn gangguan asid perut y berlebihan, kekurangan enzim pencernaan
atau pun gangguan fungsi hati. Apabila perut kembung, dapatkan 2 sudu kecil
serbuk kayu manis dan 4 sudu besar madu. Campurkan kedua-duanya. Kemudian
minumlah sebanyak 3 kali sehari setiap kali selepas makan. (gunakan sudu
plastic utk mengelakkan khasiat madu rosak)
…
Jerawat
adalah masalah kulit yang biasa dialami remaja. 2 penyebab jerawat adalah
kebersihan wajah y tidak terjaga dan naik turun hormone. Di samping menjaga
kebersihan muka, rawatan jerawat memerlukan usaha berterusan. Dapatkan 3 sudu besar
pati betik dan campurkan dgn 2 sudu besar pati jus limau. Sapu campuran itu
pada wajah. Biarkan selama sejam setengah kemudian cuci muka dgn air suam.
…
Kajian
oleh Dr. Hassan Syams Basa, doctor pakar dalm penyakit dalaman dan jantung dari
King Fahd Hospital, Saudi Arabia mendapati wanita y meminum minyak zaitun
secara rutin, risiko barah payudara dan rahim berlaku ke atas mereka menurun.
Jadi, elok bagi para wanita meminumnya secara rutin. Selain itu gunakanlah ia
bagi memasak tetapi dgn api y kecil kerana api y besar merosakkan strukturnya
dan menghapuskan manfaatnya.
…
Hubungan
intim adalah keperluan suami isteri. Dalam hal ini, nabi menyarankan para suami
supaya tidak hanya memikirkan kepuasan sendiri. Salah satu perkara y
menjejaskan hubungan intim adalah pancutan pramasa. Bagi mengelakkannya, 2 jan
sebelum bersetubuh, tenangkan fikiran dan minum secawan sirap buah pala suam.
Wallahu a’lam.
…
Lazimnya,
wanita y mengalami menopause dilanda pelbagai masalah. Masalah-masalah itu
perlu diatasi dlm 2 tahun pertama sejak awal menopause. Kajian mendapati salah
satu cara mengatasi kesan menopause adalah dgn memperbanyakkan sujud dan
bersujud dgn lama. Selain itu, minumlah segelas susu kacang soya setiap pagi
dan biasaka memakan peria bagi makan tengah hari.
…
Air
perahan buah-buahan atau pun sayur-sayuran kaya dgn mineral dan vitamin. Bagi
wanita hamil yang ingin mengurangkan rasa mual y biasanya dialami ketika
morning sickness, minumlah jus tembikai atau timun. Ini kerana kedua-duanya
makanan y dpt menyejukkan sistem pencernaan.
…
Terdapat
beberapa ubat y didak dpt diserap apabila diminum bersama susu. Contohnya
aspirin. Jangan minum susu bersama asetosal. Ini kerana susu dapat menghalang
penyerapan asetosal.
…
Berbekam
disarankan Nabi Muhammah SAW. Ia dapat membuang toksik badan. Sebelum berbekam,
lakukan urut refleksologi ataupun akupuntur bagi melancarkan aliran darah dan
tenaga. Ini seterusnya mengoptimumkan manfaat berbekam. Berbekam secara rutin
menyihatkan badan.
…
Autism
juga dirawat dgn ayat-ayat al-Quran. Ini dapat dilakukan oleh ayah atau ibu
pesakit. Bacalah surah an-Nas, al-Falaq, dan al-Ikhlas masing-masing tujuh
kali, ayat Kursi sekali dan al-Fatihah 4o kali. Kemudian tiuplah pada air
sambil memohon penyembuhan drpd Allah. Gunakan sebahagian dprd air itu sebagai
minuman dan sebahagian lagi dicampurkan dgn air mandi pesakit.
…
Allah
berfirman dalam surah Al-Anbiya’ “Aku jadikan makhluk hidup daripada air”
kajian mendapati air adalah komponen terbesar dalam semua makhluk hidup. 7o
peratus dalam badan manusia adalah air. Inilah puncanya kekurangan air
mengganggu keharmonian tubuh, dan menjejaskan kesihatan manusia. Banyak penyakit
berlaku disebabkan kekurangan air dan pengambilan air tercemar.
…
Madu
dapat menyembuhkan luka. Ini kerana madu bersifat higroskopis iaitu dapat
menyerap kotoran nanah ataupun serum. Antibiotic y terkandung dlm madu dapat
membunuh kuman dlm luka. Caranya:
1. Membersihkan
luka dgn air suam
2. Sapu madu pada
luka
3. Biarkan
sekurang-kurangnya 2 jam
Madu
juga mengeringkan bisul. Bagi luka dgn kehilangan jaringan granulose, madu
terbukti dpt meransang pertumbuhan jaringan granulose.
…
Berdasarkan
hadis Nabi yang menyarankan pengambilan madu dan pengamalannya mengubati
pesakit menggunakan madu, Ibn Sina berpendapat bahawa mereka y berusia melebihi
45 tahun patut diwajibkan mengambil madu secara teratur. Beliau menyarankan
pengambilan madu bersama dgn buah y isinya keras seperti buah salak dan buah
zaitun.
…
Susu
mengamdungi kalsium y penting bagi pertumbuhan dan perkembangan tulang. Kurma
pula mengandungi fosforus y memadatkan tulang dan magnesium y menguatkan tulang
supaya tidak mudah patah. Magnesium juga diperlukan untuk pembentukan semula
tulang. Jadi biasakan diri meminum susu sejak kecil bagi menghindari
kemungkinan menghidap osteoporosis.
…
Salah
satu rahsia panjang umur penduduk Kazakhstan adalah kebiasaan mereka meminum
yogurt. Yogurt mengandungi protein y tinggi. Ia menurunkan kadar kolesterol dan
juga kaya dgn kalsium. Segelas yogurt membekalkan 7oo milligram kalsium iaitu
dua kali kandungan kalsium susu segar. Setiap hari, orang dewasa memerlukan 8oo
hingga 1ooo milligram kalsium. Bagi wanita hamil pula, mereka memerlukan
tambahan 2o peratus kalsium.
…
Cincau
adalah minuman kegemaran y biasa dihidangkan semasa bulan puasa Cincau
mempunyai sifat sejuk dan basah y baik diminum bagi mengurangkan kepanasan. Ia
juga membantu mengubati barah dan demam kepialu. Ahli herba mengatakan mereka y
mengalami gangguan pencernaan supaya
meminum cincau.
…
Tomato
mempunyai manfaat y besar. Ia mengandungi vitamin A dan C, lycopene iaitu
antioksida y dpt mengurangkan risiko pembengkakan prostat. Setiap hari minumlah
jus tomato yang diperbuat drpd 2 buji tomato bersaiz sederhana. Bagi lelaki
berusia 4o tahun ke atas, amalan ini dapat menyihatkan prostat.
Ia juga
menurunkan risiko penyakit jantung koronari dan pembuluh darah serta menurunkan
risiko barah payudara. Wanita juga disarankan meminum jus tomato y tinggi
kandungan seratnya. Jus tomato serta tambahan 2 camca madu asli. insyaAllah
daya tahan badan meningkat dan risiko mendapat penyakit radikal bebas dapat
dicegah. Seratnya pula dapat membantu pembuangan air besar.
…
Allah
berfirman dlm surah Ar-Rahman ayat 68 “Di dalam syurga terdapat buah-buahan
kurma dan delima” Buah delima disebut secara spesifik. Kulit delima dpt
dijadikan ubat cacing, isinya digunakan sebagai pembuang angin bagi perut
kembung dan bagi menguruskan badan. Daunnya dapat digunakan bagi menghasilkan
haid. Akarnya pula dapat digunakan bagi mengubati keputikan.
…
Lemak
tidak tepu dan potassium dalam daging kambing lebih tinggi drpd daging ayam,
lembu dan babi. Selain itu, anatara keempat-empat daging itu, kandungan asid
lemak tepu dan sodium paling rendah dlm daging kambing. Ini bermakna, antara
daging-daging tersebut, daging kambinglah y paling selamat dimakan. Walaupun
demikian, daging kambing bersifat panas, jadi selepas memakannya minumlah jus
belimbing.
…
Kacang
merah mengandungi asid folat. Kajian menunjukkan asid folat mencegah Alzheimer.
Setiap hari orang dewasa memerlukan 4oo milligram asid folat setiap hari iaitu
bersamaan dengan 2oo gram kacang merah. Asid folat juga banyak terdapat dalam
avocado.
…
Susu ibu
merupakan makanan lengkap bagi bayi. Allah memerintahkan dlm surah al-Baqarah
ayat 233 supaya para ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Kajian mendapati
menyusukan anak mengurangkan risiko barah payudara. Oleh itu, ramai dlm
kalangan wanita moden menghidap barah payudara disebabkan keegganan mereka
menyusukan anak.
…
Setiap
organ mempunyai kandungan air y berbeza-beza. Kekurangan air menyebabkan fungsi
organ terganggu dan mengakibatkan keberkesanan organ terjejas. Misalnya,
kekurangan air menjejaskan fungsi testis y berperanan menghasilkan sperma,
menjejaskan kualiti sperma dan kuantitinya. Akhirnya apabila tidak dijaga,
kemandulan mungkin berlaku.
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق