Rasulullah SAW bersabda mengikut
rekod Ibn Majah “Apabila kamu melawat orang sakit, maka mintalah doanya kerana
doa orang sakit sama seperti doa para malaikat” Orang sakit dikasihi Allah dan
dekat denganNya. Demikianlah kasih y diberikan kpd org mukmin. Kesihatannya
diberkati dan kesakitannya dirahmati sebagaimana yang disampaikan Rasulullah
SAW dlm hadis ini
…
Senaman y diggalakkan Nabi
Muhammad SAW adalah berenang, menunggang kuda dan memanah. Berenang dapat
menguatkan otot tanpa membebankan sendi secara berlebihan. Menunggang kuda pula
meningkatkan ketangkasan bergerak dan memberikan kemampuan kepada kita
memanfaatkan leverage demi kepentingan hidup. Memanah pula meningatkan
kewaspadaan dan membantu membiasakan diri menumpukan perhatian.
…
Ada 6 jenis emosi y apabila
dibiarkan akn memudaratkan kesihatan. Misalnya marah y berlebihan menyebabkan
sakit jantung. Takut y berlebihan menyebabkan kemurungan. Kebimbangan y
berlebihan memudaratkan buah pinggang. Sedih y berlebihan menyebabkan sakit
pada paru-paru. Gembira y berlebihan menyebabkan sakit jantung. Malu y
berlebihan menyebabkan penyakit seperti ulser dan penyakit hati. Maka dgn
mengawal emosi, badan akan menjadi bertambah sihat.
…
Berani hadapi cabaran. Para
doctor berpendapat takut y berlebihan menyebabkan kerosakan sel otak hingga
mengakibatkan Alzheimer, Parkinson, premature senility dan mempercepatkan
proses penuaan. Bagi menguatkan hati, banyakkanlah membaca ‘Laa haula wala
quwwata illa billahil ‘aliyul ‘azim’
…
Rasa malu y berlebihan menyebabkan
kemurungan. Seterusnya menyebabkan masalah lain seperti keinginan membunuh
diri, mati pucuk dan melemahkan ingatan. Cara mengubati rasa malu y berlebihan
adalah dgn melaksanakan solat taubat dan memperbanyakkan istighfar.
…
Adrenalin mempercepatkan degupan
jantung dan meningkatkan kewaspadaan. Bersama dgn hormone kortisol, adrenalin
dpt me percepatkan pembentukan glukosa. Adrenalin terhasil melalui org y
gembira secara berlebihan. Dlm jangka masa panjang, keadaan ini menyebabkan
penyakit kencing manis, ulser, sakit jantung, lemah saraf dan otak.
…
Tidur adalah proses fisiologi y
penting. Semasa tidur, organ-organ dicergaskan semula. Kajian mendapati apabila
lambat tidur, pencergasan semula organ terganggu. Tidur y panjang pula
memekatkan darah. Ini menambahkan risiko serangan jantung atau angin ahmar.
Tidur y menyihatkan adalah 2 jam sesudah makan malam dan bangun antara jam 3
hingga 4 pagi. Ini kerana serangan jantung dan angin ahmar sering berlaku
antara 3 hingga 6 pagi.
…
Al-Hakim merekodkan, Nabi
bersabda “ Sesiapa yang melawat orang sakit, bererti dia duduk di taman-taman
syurga. Apabila dia berdiri, ditugaskan 7o ooo malaikat mendoakannya hingga
waktu malam” demikianlah ganjaran y Allah berikan kpd mereka y melawat org
sakit dan memberikan semangat kpd pesakit. Kita juga diperintahkan supaya
mengingatkan pesakit tentang 3 perkara iaitu sabar, ikhlas dan syukur. Ini
supaya Allah memudahkan penyembuhannya.
…
Manusia y kurang tidur, terdapat
risiko keseimbangan hormone kortisol dan serotoninnya terganggu. Paras kortisol
y tidak terkawal meningkatkan risiko kencing manis. Kekurangan serotonin
menyebabkan kemurungan, serotonin y berlebihan pula menyebabkan kegembiraan y
tidak terkawal. Ini seterusnya meningkatkan risiko serangan sakit jantung.
…
Saidatina Aisyah ra merekodkan
cara tidur Rasulullah SAW y baik dan menyihatkan adalah tidur cepat dan bangun
cepat. Tidurlah selepas Isyak iaitu 2 jam sesudah makan. Bangunlah bagi
bertahajjud hingga masuk waktu solat subuh.selepas solat Subuh, sebaik-baiknya
tidak tidur tetapi berzikir dan membaca al-Quran hingga matahari terbit. Antara
kebaikan amalan ini adalah badan y segar, jantung y sihat dan awet muda.
…
Petua hidup sihat tanpa ubat
adalah dengan mendapatkan tidur y mencukupi sekitar 6.5 jam sehari. Mengikut
sunnah, tidur mengiring ke kanan. Selain itu, bersenamlah sebanyak 3 kali
seminggu, setiap senaman dilakukan antara 2o hingga 4o minit. Menghirup udara
segar pada waktu pagi dapat memperbaiki pernafasan. Tekanan pula dapat dikawal dgn
berserah diri kpd Allah.
…
Tekanan menyebabkan kemahuan dan
kemampuan seksual menurun. Ini bermula dgn penurunan hormone kortisol y
disebabkan tekanan. Seterusnyakeadaan ini menghalang aktiviti beberapa hormone
lain termasuk hormon lelaki dan perempuan. Akhirnya keinginan seksual menurun.
…
Semua orang tahu sukarnya
menurunkan berat badan. Anda dapat melakukannya dgn mengambil kira 5 perkara
iaitu mengurus tekanan, tidak makan secara berlebihan, memastikan pemakanan
seimbang, memanfaatkan makanan kesihatan dgn betul dan selalu menilai program
diet anda.
…
Bekas makanan y ideal diperbuat
daripada seramik atau porselin kerana kedua-duanya tidak dipengaruhi sifat
panas atau keasidan makanan. Sejak dahulu lagi, para pengamal perubatan islam
menggalakkan supaya minum drpd bekas seramik ataupun kaca. Ini juga membolehkan
kita melihat air y kita minum samada terdapat bendasing ataupun tidak.
…
Salah satu sindrom metabolic
adalah central obesity iaitu keadaan di mana kita mengalami kegemukan
terutamanya di bahagian perut dan pinggul. Sebagai pemeriksaan, cubitlah kulit
antara pinggang dan pinggul. Sekiranya melebihi 2.5 cm, itu bermakna anda
mengalami kegemukan. Piawaian antarabangsa mengatakan bahawa petanda kegemukan
adalah ukur lilit perut y melebihi 9o cm bagi lelaki ataupun 8o cm bagi wanita.
…
Kajian y dijalankan di Jepun
mendapati tangisan adalah salah satu cara membuang radikal bebas drpd badan.
Selain itu, kesihatan pesakit rheumatism y membiasakan diri menangis bertambah
baik dalam masa setahun. Daya tahan mereka juga meningkat apabila dibandingkan
dgn mereka yang tidak membiasakan diri menangis. Menangis kerana takut dan
merindui Allah adalah kebiasaan orang soleh. Rasulullah SAW juga menyarankan
supaya kita bangun malam dan menangis memohon keampunan Allah.
…
Allah berfirman “ Sesungguhnya
kami ciptakan manusia drpd sari pati tanah” Makanan terbaik bagi manusia adalah
tumbuh-tunbuhah. Tetapi apabila kita perlu makan daging, maka daging haiwan
yang memakan tumbuh-tumbuhan adalah y terbaik buat kita. Binatang buas adalah
binatang y mempunyai enzim paling sedikit hingga dagingnya sukar dicerna.
Pengambilan daging binatang buas menjejaskan fungsi enzim dalam proses
pencernaan.
…
Kasih sayang antara suami isteri
bermula dgn keyakinan kpd tujuan Allah mencipta manusia berpasang-pasangan,
iaitu supaya mereka saling berkenal-kenalan. Suami isteri juga perlu saling
memahami dan berlandaskan keyakinan rumahtangga adalah jalan bagi melaksanakan
tugas sebagai khalifah Allah. Keserasian suami isteri mempengaruhi kesihatan
seluruh keluarga.
…
Mengurut telinga semasa
berwudhu’ mendatangkan manfaat. Terdapat
73 titik akupuntur penting di telinga. Apabila ia diurut, aliran tenaga ke
seluruh organ menjadi lancar. Bagi pesakit metabolic, jangan lupa mengurut telinga
semasa berwudhu’. insyaAllah anda akn merasai manfaat meningkatnya kesihatan
dan kesegaran udara.
…
Kajian Prof. Dr. Syahathah
menunjukkan wudhu’ y dilakukan dgn betul dpt mencegah 17 jenis penyakit serius.
Antaranya penyakit berkaitan mata, telinga, kulit, hidung termasuk penyakit
sinusitis y semakin meningkat akhir-akhir ini, radang kerongkong, penyakit
pernafasan seperti batuk-batuk dan penyakit berkaitan paru-paru serta penyakit
mental.
…
Solat y khusyuk mewujudkan
suasana flow dimana membantu maningkatkan kreativiti. Menurut Dr. Herbert
Benson dari Harvard Medical School, Amerika Syarikat, apabila kita kebuntuan,
lakukan aktiviti y tiada kaitan sama sekali dgn kerja y sedang dilakukan (out
of box). Jadi, solat adalah ibadah y menjadi out of box kita. Memberikan
ketenangan minda dan jiwa serta meningkatkan daya kreativiti kita selagi solat
itu dalam keadaan khusyuk.
…
Rasulullah SAW menganjurkan
supaya tidak terus tidur sesudah makan tetapi menyusulinya dgn berzikir dan
solat. Ini kerana dua perkara itu membantu otot pencernaan bergerak dan makanan
tidak menggumpal. Selain itu, solat juga membantu mencegah dan mengubati
penyakit rematik, sakit jantung, angin ahmar, vertigo, gangguan pernafasan dan
penyakit hati.
…
Solat y dikerjakan Ikhlas semata-mata
kerana Allah, khusyuk atau merasakan hati sedang berkomunikasi dgn Allah dapat
mencegah bahkan menyebuhkan rematik dan radang tulang belakang. Ia juga dapat
mencegah angin ahmar, nyanyuk pramasa, meningkatkan kreativiti dan
mententeramkan hati yang gelisah.
…
Solat Subuh adalah solat y berat
dikerjakan bagi orang-orang munafik sedangkan ia mempunyai manfaat kesihatan y
jelas seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Antara manfaat solat Subuh
adalah memastikan keseimbangan kadar serotonin y mengawal komunikasi antara sel
saraf dan mengawal kadar hormone kortisol yang membantu metabolism gula.
…
Air kencing dan najis orang y
berpuasa mengandungi toksik organophosphate. Ini bermakna berpuasa membantu
detoksifikasi. Ketika berpuasa, toksik y disimpan dlm sel-sel adipose atau
lemak dikeluarkan dgn pantas.
…
Ibadah haji dan umrah dapat
menyihatkan kita secara holistic. Ia mengandungi elemen jasmani, mental,
social, dan rohani. Apabila kita mampu mengerjakan haji dan umrah dgn baik dan
betul, maka itu ukuran tahap kesegaran dan kesihatan kita. Tubuh pelaksana
menjadi semakin sihat.kerjakan ia dgn baik dan betul, pasti mendapat
manfaatnya.
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق