الاثنين، 25 يونيو 2012

sembelih


Bismillahirrahmanirrahim wa assalamualaikum wbt..
Ehem..!! kali nih azi nak share ape y azi blaja tym awal2 azi smpai kat mesir nih dulu.. tarikh blaja.. errr, x ingt.. hehehe


panduan cara sembelihan haiwan mengikut kaedah
Al-Marhum Tuan Guru Hj Hashim Pasir Tumboh


Ø  Sebelum keluar rumah untuk melakukan penyembelihan

1.   Pastikan tubuh bersih daripada segala kekotoran dan seeloknya mandi terlebih dahulu (psstt.. kalau nk ketiak bersih, guna tawas.. hehe)
2.   Ambil wudu’ sebelum melakukan ibadat penyembelihan (mendatangkan keberkatan)
3.   Sediakan daun semeru, lalang, daun serai, dan sebiji bawang merah bersaiz kecil.
4.   Pastikan memakai pakaian yang bersih serta memakai penutup kepala. (seeloknya serban)
5.   Pisau mestilah tajam, lebih afdhal pisau yang dikhaskan utk sembelih shj dan tidak digunakan utk melapah kulit dan sebagainya (saiz universal 1o inci.. nk tajam, jangan sampai tulang.. daging aje..!!)
6.    Memakai bau-bauan


Ø  Sebelum melakukan penyembelihan

1.      Ambil bawang merah kecil, pecahkan dan ramaskan bersama-sama daun serai, daun semeru dan lalang (pucuk jagus)
2.       Ambil minyak hidung, sapukan pada pisau dan kemudian sapukan campuran bawang merah, lalang, daun serai, semeru yang siap diramas dan gumpal ke pisau serta kedua-dua belah tangan sampai ke siku.
3.      Pastikan dalam keadaan tenang dan nafas tidak berdengus kuat kerana ianya menyebabkan daging akn menjadi keras sekiranya pernafasan tidak dikawal. (rilex rilex..)
4.      Baca doa sebelum melakukan penyembelihan.


Ø  Semasa melakukan penyembelihan

1.      Masuk dari arah hadapan haiwan yg ingin disembelih setelah ianya direbahkan dan ikatkan.. (bagi lembu, unta, kambing, kerbau dan biri-biri..)
2.      Pastikan kedudukan tempat yg ingin disembelih di bahagian tengkuk haiwan itu tidak membetuli dgn kemaluan (ia akn buat daging bau hancing), tulang kering, keting, dan betis penyembelih (ia akn buat daging mnjadi keras). Elakkan sedikit kearah mengikut keselesaan supaya tidak menyukarkan semasa penyembelihan dilakukan.
3.      Cari biji halkum haiwan, hendaklah disembelih di bawah biji halkum dgn jarak yg dekat. Sekiranya haiwan yg tua, sembelihlah betul-betul di atas halkumnya. Ini akan menjadikan daging haiwan tersebut tidak berbau dan mudah empuk apabila dimasak.
4.      Elakkan penyembelihan jauh drpd halkum krn ianya akn menyebabkan daging berbau hamis serta liat utk dimasak. (kalau dkt dgn jantung pulak, darah akn membuak-buak, x caye.. cuba try test.. huhu)
5.      Sembelihlah haiwan dlm keadaan y tenang, jangan sesekali menahan nafas dan dalam keadaan gigi terkacip. (senyum..!! jgn tahan nafas..!! cool~)
6.      Bagi melakukan ibadah korban dan aqiqah, hendaklah diniatkan ibadah tersebut semasa percikan darah pertama jatuh ke tanah atau semasa hirisan pertama.
7.      Hendaklah dihabiskan sembelihan di sebelah atas krn ianya boleh mengelakkan daging dihurung oleh langau dan lalat y banyak.
8.      Wajib memutuskan 3 urat iaitu halkum, saluran makanan dan urat saluran darah. Disunatkan memotong urat semerih, krn faedah memotong urat semerih adalah bagi mengelakkan haiwan kembali berdiri setelah disembelih..
*urat paling kanan = wadajan
            *kalau dah sembelih, haiwan bangun dan lari2 samada
            1. masuk sungai -> boleh makan
            2. kalau kejar -> x boleh makan
            *kedua2nya perkara y x disengajakan
            *waktu sembelih, pisau jgn angkat, kalau angkat, then darah berhenti, haram makan

Ø  Selepas melakukan sembelihan

1.      Sapu hujung pisau pada pipi haiwan yg disembelih dan sapu pisau di badan haiwan serta dgn tangan yg terkena darah.
2.      Jangan basuh tangan dan pisau selepas penyembelihan haiwan, basuhlah selepas haiwan y disembelih mati terlebih dahulu krn ianya boleh mengelakkan daging jadi berlemak.. (petua!! Hehehe)
3.      Sapu badan haiwan drpd kepala sampai ke ekor sambil membaca surah  Al-Quraisy utk sembelihan kenduri bagi melariskan daging, begitu juga daging utk dijual..
*binatang y koma, tapi masih gerak2.. kalau sembelih, haram makan alasan dy gerak2 tu sbb baki muscle (otot2) dy y masih hidup..

#kalau sembelih itik, sembelihlah kat atas dkt dgn kepala, supaya cepat mati.. begitu juga dgn binatang2 y bersayap..
#lauk kari ayam ke, kari daging ke, ape skali pn y melibatkan daging haiwan y berdarah y dibuat masakan, kalau terkena pada baju bersaiz sebesar 1o sen dan lebih besar lagi.. maka baju itu x boleh bawak solat sbb lauk tu dah bercampur dgn darah daging ketika masak.. begitu juga air rendaman mayat /organ kat lab.. kalau terkena baju, so kne la tukar baju lain utk buat solat..
++ tambahan, kalau sentuh organ mayat y x tau samada hak llki or prmpn spt jantung, hati, tulang, x batal air sembahyang.. tapi kalau sentuh kulit atau organ lain y tau mmg ianya hak milik llki atau prmpuan spt kulit muka, kulit tgn, kemaluan maka batal air sembahyang mengikut syarat2 batalnya air sembahyang mcm biasa..


Ø  Doa semasa menyembelih haiwan


اللهم  ءانا نساءلك رضاك والجنة
فروح وريحان وجنة نعيم
بسم الله والصلاة على سيدنا محمد النبي الكريم
بسم الله الله ءاكبر وبسم الله الرحمن الرحيم

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق