الجمعة، 12 أكتوبر، 2012

OUR TEAM..!! OUR FAMILY..!!



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاثه

OUR TEAM..!! OUR FAMILY..!!

Alhamdulillah, genap setahun sebulan aku di Mesir nih.. macam2 pengalaman n ilmu aku pelajari.. bak kata senior2, “datang sini bkn stakat belajar nak jd doktor je, kne la blaja mcm2, balik nanti ko bley buat macam2.. xke best kalau mcm tuh..” dgn makna lain (BERMANFAAT PADA ORANG LAIN) Allah kan suka org y bermanfaat utk org lain..

(( alhamdulillah.. bersyukurlah seadanya, jgn dilihat segala kekurangan tp hargai segala pemberian..
utk kawan2 dan diri sendiri juga..

Allah pilih kita utk jd muslim doktor y hebat.. tabah hatinya hadapi pelbagai cabaran, matang fikirannya utk bertindak, luas dadanya utk positif.. Allah y cipta keputusan sebegini, kpd Allah jualah kita kembali utk permudahkan urusan.. kalau kita ikhlas bersungguh2 krn Allah (Allah kan suka org y bersungguh2 krn Nya wlopon dy x suka pekerjaan tersebut) insyaAllah Allah akn bantu kita sehabis mungkin.. xde sape bley tanding kuasa Allah.. bertahajjudlah utk kuatkan iman.. berzikirlah utk tenangkan hati, beristighfarlah setiap hari.. rasai kehebatan Allah dalam degupan jantung.. *malu kt jantung kalau kita putus asa.. putus asa jauh dari rahmat Allah.. selalu2 lah motivate diri sendiri dan kawan2, agar kehebatan team itu terasa bila semuanya berjaya bersama2.. insyaAllah.. susah senang dirasai bersama demi Islam tercinta))


Jatuh bangun perkara biasa dlm perjuangan.. ayat paling sebak dari ummi azi “na, ummi tau subjek yang na amik ni bukan senang, tp pada Allah jualah kita mohon pertolongan.. banyak2 doa, solat tahajjud, hajat n jgn lupa juga solat istikharah.. moga2 Allah permudahkan segala urusan Na ye.. moga anak-anak ummi cemerlang dunia akhirat” Allahu akbar.. kata2 harapan serta dorongan semangat dari ibu tercinta.. azi bersyukur sgt sbb masih ada ummi n ayah hingga kini.. mereka lah abang n kakak aku.. semua benda dikongsi bersama.. kalau cakap pasal ‘boyfriend’ pon dyorg x kesah.. asal aku jujur n xde rahsia dgn mereka.. aku harap sgt hubungan kluarga ni kekal n dipertemukan dlm syurga nanti.. ye la kan.. semua yang ada di dunia ni kan cuma pinjaman.. Allah tahu aku mungkin lemah tanpa mereka.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..

                Dalam menuntut ilmu perubatan nih, tambah2 kat bumi Mesir, adat lah kan.. macam2 ujian kne harungi.. redha atau tak n tabah atau lemah jer perbezaannya antara org yang yakin pada Allah atau sebaliknya.. aku pn x sangka ini jalan yang Allah tetapkan utk aku.. kak Dye (doktor senior y baik ngn aku) sllu pesan.. “mmg kita x jangka semua nih.. sbb allah da tetapkan.. kita patut bersyukur.. dalam banyk2 org Allah pilih kita n nak kita aje yang jadi doktor.. akak pn x jangka akan bergelar doktor tak lama lagi..” kadang2 kita bersemangat n ada masanya kita down sgt2.. ntah knapa.. so, kne la sllu motivate diri sendiri.. ye lah, dah xde org nak motivatekan.. kelak, kita akn berpisah jugak.. setiap pertemuan kan pasti ada perpisahan n penghujungnya kan.. hm..

            Umur baru mencecah 19 tahun genap 4 sept hari tu.. bile dah besar2 nih, mcm2 perkara kne fikir.. mostly blaja lah kan.. kerja, rumah, family n mcm2 lah.. kawen tuh, mungkin out of list kot, kalau ade lam list pon, mungkin last skali kot.. *status xde org nak.. tu yang jadi mcm tu uh.. hahaha.. bkn nak menyalahkan sunnah nabi.. blum masanya lagi n banyak lagi aku nak fikir.. kakak cakap, llki y nak kawin ngn doktor nih kne la tabah.. ye la, sedia maklum kan, sibuk merawat rohani n jasmani pesakit n madu’.. hm.. x kesah lah.. pada azi, kalau memahami pun x guna juga kalau xde toleransi n lembut hati.. hehe.. dah lah, lari tajuk pulak..

            “beza saya dgn awak, saya ade kawan2 yang sentiasa memahami n membantu xkurang juga yang sentiasa beri semangat pada saya setiap kali di atas n di bawah..”
gamba Azhar Banat xde.. hehe
            Itu lah gunanya kita kne bermasyarakat.. positifkan diri.. ramai sahabat, ramai juga lah yang ada di sekeliling kita.. kita x berseorangan.. sahabat berbeza eh ngn kawan.. azi bersyukur sgt3 sbb kawan2 kuliyah n rumah azi semuanya memahami situasi azi.. ala kulli hal, semuanya datang dari Allah jugak kan.. Alhamdulillah.. masing2 hulur tangan utk membantu sampai azi un segan nak sambut tangan mereka..

“azi, kalau nak ape2 gtau la aku eh..”
“azi, kalau nk akak ajarkan, gtau la ye.. buku2 nak buat rujukan azi boleh ambik je tau..”
“azi, boleh..!! azi semangat..!! berjuang utk islam..”
“azi, jom blaja sama2 nak..”
“terima kasih azidatul husna.. belajar rajin2 tau biar sampai dapat mumtaz.. kalau dah mumtaz, kekalkan mumtaz..”
“kalau ade pape, biar akak tolong ye..”

N macam2 lagi lah.. org yang berbeza2.. bile azi check balik kan.. semua pertolongan tu dtg dari kawan2 y azi x jangka.. yang kita x pnah rapat.. (dari pengarah pon ade).. haish, macam2..!! tp bukan affair eh.. Tu la namanya our team, our family.. skali bekerja terasa spt keluarga.. n pertolongan nih dtg bila azi mula nak bersungguh2 dalam belajar.. untuk islam.. Allah kan suka org yang bersungguh2 dlm setiap perkara wlopon kerja tuh bukan minat kita.. buat kerana Islam.. bila kita fikirkan Allah, sejuta kali ganda malah lebih Allah fikirkan kita siap bagi pertolongan lak uh.. indah sangat3.. *bende baik kan, kite kna kongsi.. so, azi promote utk sahut cinta Allah sama2.. how can we love someone before we love our creator Allah swt.. indah sangat3.. x tipu.. try lah.. kalau kita jaga hubungan kita dgn Allah, Allah akn jaga kita dgn sebaiknya.. alangkan indah..!! kalau ikutkan, setiap benda y ada kt sekeliling kita bley bg kecederaan kt kita, tp sbb kita dlm lindungan Allah, sikit cedera pon Allah x izinkan.. *kalau cedera tuh, Allah nk hapuskan dosa2 kita.. itu pon kalau redha n sabar..

            Mesir adalah bumi yang penuh dgn ujian.. sebab tu lah ramai para Nabi n ulama’ dari mesir.. iman xkan tahu kualitinya kalau tak diuji.. biar sebesar gunung ujian yang menduga, biar seperti hujan ia datang.. yang pasti Allah yang cipta ujian tu, so, kpd Allah jualah kita kembali utk dipermudahkan urusan.. cikgu cakap, org yang hebat adalah org yang senyum kala senang n susah.. kalau Islam, org y hebat adalah org yang mengamalkan Islam secara menyeluruh dari bangun tidur, makan, mandi, belajar, sampailah tidur kembali.. pasakkan hak2 Allah dlm hati n tunaikan segala suruhannya n tinggalkan larangannya.. seperti mempunyai satu roh yang bercahaya dlm diri.. memang betul2 hebat..!! ianya terbukti dr segi sains n semua aspek.. hebatkan Islam.. Hebat lagi Allah..!! kita x berseorangan.. Allah suka kita bersilaturrahim.. bukan nya berkenalan x syarie.. *kadang2 ada juga y salah faham.. terlebih perasan lah pulak.. hadoih.. xpe, kalau kita buat kerana Allah, kerana benar, pasti Allah akn menjaga dari sebarang fitnah.. Allah kan hebat..!!
>housemate budak maahad buuth <

        Kadang2 bile tgk budak2 kt sini teringat adik2 kt umah.. rindu.. tp nak balik Malaysia, takut.. rasa mcm tgn uh xde pape utk di bawa ke Malaysia.. ade la sorang budak  maahad bu’uth sini.. mude lg la dr aku.. skali budak uh bermanja ngn aku, teringat kat adik2.. “akak dduk diam2 tau.. zaty nak lukis gamba akak..” aku pon.. layannnn~ “ko lukis biar betul sikit eh, kang x pasal2 gamba katak.. aku ketuk ko.. hahahaha..!!” zaty.. zaty.. what ever lah~ kkdg bile aku balik rumah lambat pkui 11/ 12 malam, “akak pergi mana?? Zaty tunggu lame tau.. xde kawan kt umah nih..”.. aku senyum je.. “ko kawan la ngn kucing kt bawah tuh.. hahaha” dlm hati.. kalau sekarang pon aku sibuk mcm nih, macam mana lah nanti?? Hm.. kesian pulak tgk kt budak nih..


الجمعة، 10 أغسطس، 2012

smart behaviour


Rasulullah SAW bersabda mengikut rekod Ibn Majah “Apabila kamu melawat orang sakit, maka mintalah doanya kerana doa orang sakit sama seperti doa para malaikat” Orang sakit dikasihi Allah dan dekat denganNya. Demikianlah kasih y diberikan kpd org mukmin. Kesihatannya diberkati dan kesakitannya dirahmati sebagaimana yang disampaikan Rasulullah SAW dlm hadis ini


Senaman y diggalakkan Nabi Muhammad SAW adalah berenang, menunggang kuda dan memanah. Berenang dapat menguatkan otot tanpa membebankan sendi secara berlebihan. Menunggang kuda pula meningkatkan ketangkasan bergerak dan memberikan kemampuan kepada kita memanfaatkan leverage demi kepentingan hidup. Memanah pula meningatkan kewaspadaan dan membantu membiasakan diri menumpukan perhatian.


Ada 6 jenis emosi y apabila dibiarkan akn memudaratkan kesihatan. Misalnya marah y berlebihan menyebabkan sakit jantung. Takut y berlebihan menyebabkan kemurungan. Kebimbangan y berlebihan memudaratkan buah pinggang. Sedih y berlebihan menyebabkan sakit pada paru-paru. Gembira y berlebihan menyebabkan sakit jantung. Malu y berlebihan menyebabkan penyakit seperti ulser dan penyakit hati. Maka dgn mengawal emosi, badan akan menjadi bertambah sihat.


Berani hadapi cabaran. Para doctor berpendapat takut y berlebihan menyebabkan kerosakan sel otak hingga mengakibatkan Alzheimer, Parkinson, premature senility dan mempercepatkan proses penuaan. Bagi menguatkan hati, banyakkanlah membaca ‘Laa haula wala quwwata illa billahil ‘aliyul ‘azim’


Rasa malu y berlebihan menyebabkan kemurungan. Seterusnya menyebabkan masalah lain seperti keinginan membunuh diri, mati pucuk dan melemahkan ingatan. Cara mengubati rasa malu y berlebihan adalah dgn melaksanakan solat taubat dan memperbanyakkan istighfar.


Adrenalin mempercepatkan degupan jantung dan meningkatkan kewaspadaan. Bersama dgn hormone kortisol, adrenalin dpt me percepatkan pembentukan glukosa. Adrenalin terhasil melalui org y gembira secara berlebihan. Dlm jangka masa panjang, keadaan ini menyebabkan penyakit kencing manis, ulser, sakit jantung, lemah saraf dan otak.


Tidur adalah proses fisiologi y penting. Semasa tidur, organ-organ dicergaskan semula. Kajian mendapati apabila lambat tidur, pencergasan semula organ terganggu. Tidur y panjang pula memekatkan darah. Ini menambahkan risiko serangan jantung atau angin ahmar. Tidur y menyihatkan adalah 2 jam sesudah makan malam dan bangun antara jam 3 hingga 4 pagi. Ini kerana serangan jantung dan angin ahmar sering berlaku antara 3 hingga 6 pagi.


Al-Hakim merekodkan, Nabi bersabda “ Sesiapa yang melawat orang sakit, bererti dia duduk di taman-taman syurga. Apabila dia berdiri, ditugaskan 7o ooo malaikat mendoakannya hingga waktu malam” demikianlah ganjaran y Allah berikan kpd mereka y melawat org sakit dan memberikan semangat kpd pesakit. Kita juga diperintahkan supaya mengingatkan pesakit tentang 3 perkara iaitu sabar, ikhlas dan syukur. Ini supaya Allah memudahkan penyembuhannya.


Manusia y kurang tidur, terdapat risiko keseimbangan hormone kortisol dan serotoninnya terganggu. Paras kortisol y tidak terkawal meningkatkan risiko kencing manis. Kekurangan serotonin menyebabkan kemurungan, serotonin y berlebihan pula menyebabkan kegembiraan y tidak terkawal. Ini seterusnya meningkatkan risiko serangan sakit jantung.


Saidatina Aisyah ra merekodkan cara tidur Rasulullah SAW y baik dan menyihatkan adalah tidur cepat dan bangun cepat. Tidurlah selepas Isyak iaitu 2 jam sesudah makan. Bangunlah bagi bertahajjud hingga masuk waktu solat subuh.selepas solat Subuh, sebaik-baiknya tidak tidur tetapi berzikir dan membaca al-Quran hingga matahari terbit. Antara kebaikan amalan ini adalah badan y segar, jantung y sihat dan awet muda.


Petua hidup sihat tanpa ubat adalah dengan mendapatkan tidur y mencukupi sekitar 6.5 jam sehari. Mengikut sunnah, tidur mengiring ke kanan. Selain itu, bersenamlah sebanyak 3 kali seminggu, setiap senaman dilakukan antara 2o hingga 4o minit. Menghirup udara segar pada waktu pagi dapat memperbaiki pernafasan. Tekanan pula dapat dikawal dgn berserah diri kpd Allah.


Tekanan menyebabkan kemahuan dan kemampuan seksual menurun. Ini bermula dgn penurunan hormone kortisol y disebabkan tekanan. Seterusnyakeadaan ini menghalang aktiviti beberapa hormone lain termasuk hormon lelaki dan perempuan. Akhirnya keinginan seksual menurun.


Semua orang tahu sukarnya menurunkan berat badan. Anda dapat melakukannya dgn mengambil kira 5 perkara iaitu mengurus tekanan, tidak makan secara berlebihan, memastikan pemakanan seimbang, memanfaatkan makanan kesihatan dgn betul dan selalu menilai program diet anda.


Bekas makanan y ideal diperbuat daripada seramik atau porselin kerana kedua-duanya tidak dipengaruhi sifat panas atau keasidan makanan. Sejak dahulu lagi, para pengamal perubatan islam menggalakkan supaya minum drpd bekas seramik ataupun kaca. Ini juga membolehkan kita melihat air y kita minum samada terdapat bendasing ataupun tidak.


Salah satu sindrom metabolic adalah central obesity iaitu keadaan di mana kita mengalami kegemukan terutamanya di bahagian perut dan pinggul. Sebagai pemeriksaan, cubitlah kulit antara pinggang dan pinggul. Sekiranya melebihi 2.5 cm, itu bermakna anda mengalami kegemukan. Piawaian antarabangsa mengatakan bahawa petanda kegemukan adalah ukur lilit perut y melebihi 9o cm bagi lelaki ataupun 8o cm bagi wanita.


Kajian y dijalankan di Jepun mendapati tangisan adalah salah satu cara membuang radikal bebas drpd badan. Selain itu, kesihatan pesakit rheumatism y membiasakan diri menangis bertambah baik dalam masa setahun. Daya tahan mereka juga meningkat apabila dibandingkan dgn mereka yang tidak membiasakan diri menangis. Menangis kerana takut dan merindui Allah adalah kebiasaan orang soleh. Rasulullah SAW juga menyarankan supaya kita bangun malam dan menangis memohon keampunan Allah.


Allah berfirman “ Sesungguhnya kami ciptakan manusia drpd sari pati tanah” Makanan terbaik bagi manusia adalah tumbuh-tunbuhah. Tetapi apabila kita perlu makan daging, maka daging haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan adalah y terbaik buat kita. Binatang buas adalah binatang y mempunyai enzim paling sedikit hingga dagingnya sukar dicerna. Pengambilan daging binatang buas menjejaskan fungsi enzim dalam proses pencernaan.


Kasih sayang antara suami isteri bermula dgn keyakinan kpd tujuan Allah mencipta manusia berpasang-pasangan, iaitu supaya mereka saling berkenal-kenalan. Suami isteri juga perlu saling memahami dan berlandaskan keyakinan rumahtangga adalah jalan bagi melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah. Keserasian suami isteri mempengaruhi kesihatan seluruh keluarga.


Mengurut telinga semasa berwudhu’  mendatangkan manfaat. Terdapat 73 titik akupuntur penting di telinga. Apabila ia diurut, aliran tenaga ke seluruh organ menjadi lancar. Bagi pesakit metabolic, jangan lupa mengurut telinga semasa berwudhu’. insyaAllah anda akn merasai manfaat meningkatnya kesihatan dan kesegaran udara.


Kajian Prof. Dr. Syahathah menunjukkan wudhu’ y dilakukan dgn betul dpt mencegah 17 jenis penyakit serius. Antaranya penyakit berkaitan mata, telinga, kulit, hidung termasuk penyakit sinusitis y semakin meningkat akhir-akhir ini, radang kerongkong, penyakit pernafasan seperti batuk-batuk dan penyakit berkaitan paru-paru serta penyakit mental.


Solat y khusyuk mewujudkan suasana flow dimana membantu maningkatkan kreativiti. Menurut Dr. Herbert Benson dari Harvard Medical School, Amerika Syarikat, apabila kita kebuntuan, lakukan aktiviti y tiada kaitan sama sekali dgn kerja y sedang dilakukan (out of box). Jadi, solat adalah ibadah y menjadi out of box kita. Memberikan ketenangan minda dan jiwa serta meningkatkan daya kreativiti kita selagi solat itu dalam keadaan khusyuk.


Rasulullah SAW menganjurkan supaya tidak terus tidur sesudah makan tetapi menyusulinya dgn berzikir dan solat. Ini kerana dua perkara itu membantu otot pencernaan bergerak dan makanan tidak menggumpal. Selain itu, solat juga membantu mencegah dan mengubati penyakit rematik, sakit jantung, angin ahmar, vertigo, gangguan pernafasan dan penyakit hati.


Solat y dikerjakan Ikhlas semata-mata kerana Allah, khusyuk atau merasakan hati sedang berkomunikasi dgn Allah dapat mencegah bahkan menyebuhkan rematik dan radang tulang belakang. Ia juga dapat mencegah angin ahmar, nyanyuk pramasa, meningkatkan kreativiti dan mententeramkan hati yang gelisah.


Solat Subuh adalah solat y berat dikerjakan bagi orang-orang munafik sedangkan ia mempunyai manfaat kesihatan y jelas seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Antara manfaat solat Subuh adalah memastikan keseimbangan kadar serotonin y mengawal komunikasi antara sel saraf dan mengawal kadar hormone kortisol yang membantu metabolism gula.


Air kencing dan najis orang y berpuasa mengandungi toksik organophosphate. Ini bermakna berpuasa membantu detoksifikasi. Ketika berpuasa, toksik y disimpan dlm sel-sel adipose atau lemak dikeluarkan dgn pantas.


Ibadah haji dan umrah dapat menyihatkan kita secara holistic. Ia mengandungi elemen jasmani, mental, social, dan rohani. Apabila kita mampu mengerjakan haji dan umrah dgn baik dan betul, maka itu ukuran tahap kesegaran dan kesihatan kita. Tubuh pelaksana menjadi semakin sihat.kerjakan ia dgn baik dan betul, pasti mendapat manfaatnya.

الاثنين، 6 أغسطس، 2012

smart medicine


Sahabat mendatangi Nabi Muhammad SAW dan mengadu sakit mata. Nabi bersabda mengikut rekod Ibn Asakir, “Lihatlah Quran” Demikianlah agungnya Quran, kitab yang mengandungi kata-kata Tuhan. Sedangkan melihatnya pun sudah menyihatkan mata, inikan pula membacanya. Rekod menjelaskan para ulama’ terdahulu menyarankan kita membawa Quran dengan perasaan seolah-olah kita berbicara dengan Tuhan apabila kita hendak memperoleh manfaat daripadanya. Alangkah indah..!!



Ibn Sina berpendapat doctor terbaik adalah doctor y dpt mengubati pesakitnya tanpa memberi ubat bahkan tanpa menyentuh pesakit. Sebenarnya bukan ubat y menyembuhkan penyakit. Biasanya penyembuhan penyakit bermula drpd bagaimana si doctor melayan pesakitnya. Nabi Muhammad SAW bersabda : “Apabila ubat yang tepat mengenai penyakit, maka sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah” Sebenarnya, banyak penyakit dapat disembuhkan dgn sentuhan insani doctor.

Apabila kita mengalami keracunan, ambillah 5o gram daun cincau. Perah dlm empat gelas air hingga air menjadi hijau. Biarkan ia sebentar dan kemudian tambah 5 sudu nira. Kacau rata dan minumlah dua kali sehari. insyaAllah keracunan ditawarkan. Jika kita tidak sempat membuat cincau, carilah cincau hijau di pasar sebagai gantinya.


Sembelit berpunca daripada pemakanan tidak seimbang. Apabila mengalami sembelit, tambah pengambilan air dan makanlah bayam. Ini kerana bayam adalah pelawas y baik. Bayam juga mengandungi zat besi dan klorofil y membantu meningkatkan metabolisme dan kekuatan otot dan mencegah dan menyembuhkan anemia.


Cacing adalah parasit y sering ditemui di dlm badan manusia terutamanya kanak-kanak. Apabila terdapat cacing di dlm badan, dapatkan 3 cubit halia y dihiris nipis. Tambahkan 3 gelas air. Rebus campuran hingga airnya tinggal separuh. Kemudian sejukkan dan tapis campuran itu. Tambah 2 sudu besar madu dan kacau rata. Minum campuran itu sebanyak 3 kali sehari iaitu separuh gelas setiap kali minum. Lakukan hingga cacing keluar.


Kadar kolesterol y tinggi merosakkan pembuluh darah dan menjejaskan fungsi jantung. Atasi masalah ini dgn segera. Caranya adalah dgn mendapatkan 2 bawang putih, kemudian kukus selama 15 minit bagi menghilangkan baunya. Makanlah bersama sarapan atau makan tengah hari. Selain menyeimbangkan kadar kolesterol, bawang putih juga dapat mencegah penggumpalan darah dan serangan jantung.


Barah adalah penyakit berbahaya. Perbelanjaan y perlu dikeluarkan bagi menanganinya pula adalah tinggi. Jadi eloklah ia dicegah. Salah satu cara mencegahnya adalah dgn cara memakan pasli y masih segar. Pasli mengandungi miristin, asid folat, dan vitamin A serta C. pengambilan pasli mentah mengurangkan risiko barah.


Pelbagai kajian menunjukkan bawang putih mengandungi antibiotic y ampuh. Antara lain ia bermanfaat bagi mengubati penyakit jangkitan saluran pencernaan dan radang kerongkong. Bagi menyembuhkan radang kerongkong, campur satu ulas bawang putih y ditumbuk dgn 1 sudu besar madu. Minum campuran itu 3 kali sehari. insyaAllah sembuh.


Pesakit kencing manis perlu melatih diri mengawal kadar gula dlm darah dgn cara:

1.   Tidur sekurang-kurangnya 6.5 jam sehari
2.   Bertahajjud secara rutin, khusyuk dan hudhur
3.   Memastikan pemakanan y seimbang
4.   Bersenam dgn berjalan cepat
5.   Mengelakkan makanan manis
Sediakan campuran setengah sudu kecil campuran serbuk jintan putih dan secawan air panas. Biarkan campuran itu selama 15 minit, lalu tapis. Apabila pemanis diperlukan, tambah satu sudu kecil madu asli.


Minumlah teh hijau. Teh hijau mengandungi antioksida katekin y bermanfaat meneutralkan radikal bebas. Ia juga dipercayai dpt membantu membakar kalori dan menurunkan kadar kolesterol di dlm darah. Badan terasa segar apabila minum 2 gelas teh hijau sehari.


Perut kembung selalu berlaku kpd orang y mempunyai kelainan dlm system pencernaannya. Ini berlaku krn gangguan asid perut y berlebihan, kekurangan enzim pencernaan atau pun gangguan fungsi hati. Apabila perut kembung, dapatkan 2 sudu kecil serbuk kayu manis dan 4 sudu besar madu. Campurkan kedua-duanya. Kemudian minumlah sebanyak 3 kali sehari setiap kali selepas makan. (gunakan sudu plastic utk mengelakkan khasiat madu rosak)


Jerawat adalah masalah kulit yang biasa dialami remaja. 2 penyebab jerawat adalah kebersihan wajah y tidak terjaga dan naik turun hormone. Di samping menjaga kebersihan muka, rawatan jerawat memerlukan usaha berterusan. Dapatkan 3 sudu besar pati betik dan campurkan dgn 2 sudu besar pati jus limau. Sapu campuran itu pada wajah. Biarkan selama sejam setengah kemudian cuci muka dgn air suam.


Kajian oleh Dr. Hassan Syams Basa, doctor pakar dalm penyakit dalaman dan jantung dari King Fahd Hospital, Saudi Arabia mendapati wanita y meminum minyak zaitun secara rutin, risiko barah payudara dan rahim berlaku ke atas mereka menurun. Jadi, elok bagi para wanita meminumnya secara rutin. Selain itu gunakanlah ia bagi memasak tetapi dgn api y kecil kerana api y besar merosakkan strukturnya dan menghapuskan manfaatnya.


Hubungan intim adalah keperluan suami isteri. Dalam hal ini, nabi menyarankan para suami supaya tidak hanya memikirkan kepuasan sendiri. Salah satu perkara y menjejaskan hubungan intim adalah pancutan pramasa. Bagi mengelakkannya, 2 jan sebelum bersetubuh, tenangkan fikiran dan minum secawan sirap buah pala suam. Wallahu a’lam.


Lazimnya, wanita y mengalami menopause dilanda pelbagai masalah. Masalah-masalah itu perlu diatasi dlm 2 tahun pertama sejak awal menopause. Kajian mendapati salah satu cara mengatasi kesan menopause adalah dgn memperbanyakkan sujud dan bersujud dgn lama. Selain itu, minumlah segelas susu kacang soya setiap pagi dan biasaka memakan peria bagi makan tengah hari.


Air perahan buah-buahan atau pun sayur-sayuran kaya dgn mineral dan vitamin. Bagi wanita hamil yang ingin mengurangkan rasa mual y biasanya dialami ketika morning sickness, minumlah jus tembikai atau timun. Ini kerana kedua-duanya makanan y dpt menyejukkan sistem pencernaan.


Terdapat beberapa ubat y didak dpt diserap apabila diminum bersama susu. Contohnya aspirin. Jangan minum susu bersama asetosal. Ini kerana susu dapat menghalang penyerapan asetosal.


Berbekam disarankan Nabi Muhammah SAW. Ia dapat membuang toksik badan. Sebelum berbekam, lakukan urut refleksologi ataupun akupuntur bagi melancarkan aliran darah dan tenaga. Ini seterusnya mengoptimumkan manfaat berbekam. Berbekam secara rutin menyihatkan badan.


Autism juga dirawat dgn ayat-ayat al-Quran. Ini dapat dilakukan oleh ayah atau ibu pesakit. Bacalah surah an-Nas, al-Falaq, dan al-Ikhlas masing-masing tujuh kali, ayat Kursi sekali dan al-Fatihah 4o kali. Kemudian tiuplah pada air sambil memohon penyembuhan drpd Allah. Gunakan sebahagian dprd air itu sebagai minuman dan sebahagian lagi dicampurkan dgn air mandi pesakit.


Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya’ “Aku jadikan makhluk hidup daripada air” kajian mendapati air adalah komponen terbesar dalam semua makhluk hidup. 7o peratus dalam badan manusia adalah air. Inilah puncanya kekurangan air mengganggu keharmonian tubuh, dan menjejaskan kesihatan manusia. Banyak penyakit berlaku disebabkan kekurangan air dan pengambilan air tercemar.


Madu dapat menyembuhkan luka. Ini kerana madu bersifat higroskopis iaitu dapat menyerap kotoran nanah ataupun serum. Antibiotic y terkandung dlm madu dapat membunuh kuman dlm luka. Caranya:

1.   Membersihkan luka dgn air suam
2.   Sapu madu pada luka
3.   Biarkan sekurang-kurangnya 2 jam

Madu juga mengeringkan bisul. Bagi luka dgn kehilangan jaringan granulose, madu terbukti dpt meransang pertumbuhan jaringan granulose.


Berdasarkan hadis Nabi yang menyarankan pengambilan madu dan pengamalannya mengubati pesakit menggunakan madu, Ibn Sina berpendapat bahawa mereka y berusia melebihi 45 tahun patut diwajibkan mengambil madu secara teratur. Beliau menyarankan pengambilan madu bersama dgn buah y isinya keras seperti buah salak dan buah zaitun.


Susu mengamdungi kalsium y penting bagi pertumbuhan dan perkembangan tulang. Kurma pula mengandungi fosforus y memadatkan tulang dan magnesium y menguatkan tulang supaya tidak mudah patah. Magnesium juga diperlukan untuk pembentukan semula tulang. Jadi biasakan diri meminum susu sejak kecil bagi menghindari kemungkinan menghidap osteoporosis.


Salah satu rahsia panjang umur penduduk Kazakhstan adalah kebiasaan mereka meminum yogurt. Yogurt mengandungi protein y tinggi. Ia menurunkan kadar kolesterol dan juga kaya dgn kalsium. Segelas yogurt membekalkan 7oo milligram kalsium iaitu dua kali kandungan kalsium susu segar. Setiap hari, orang dewasa memerlukan 8oo hingga 1ooo milligram kalsium. Bagi wanita hamil pula, mereka memerlukan tambahan 2o peratus kalsium.


Cincau adalah minuman kegemaran y biasa dihidangkan semasa bulan puasa Cincau mempunyai sifat sejuk dan basah y baik diminum bagi mengurangkan kepanasan. Ia juga membantu mengubati barah dan demam kepialu. Ahli herba mengatakan mereka y mengalami gangguan pencernaan  supaya meminum cincau.


Tomato mempunyai manfaat y besar. Ia mengandungi vitamin A dan C, lycopene iaitu antioksida y dpt mengurangkan risiko pembengkakan prostat. Setiap hari minumlah jus tomato yang diperbuat drpd 2 buji tomato bersaiz sederhana. Bagi lelaki berusia 4o tahun ke atas, amalan ini dapat menyihatkan prostat.

Ia juga menurunkan risiko penyakit jantung koronari dan pembuluh darah serta menurunkan risiko barah payudara. Wanita juga disarankan meminum jus tomato y tinggi kandungan seratnya. Jus tomato serta tambahan 2 camca madu asli. insyaAllah daya tahan badan meningkat dan risiko mendapat penyakit radikal bebas dapat dicegah. Seratnya pula dapat membantu pembuangan air besar.


Allah berfirman dlm surah Ar-Rahman ayat 68 “Di dalam syurga terdapat buah-buahan kurma dan delima” Buah delima disebut secara spesifik. Kulit delima dpt dijadikan ubat cacing, isinya digunakan sebagai pembuang angin bagi perut kembung dan bagi menguruskan badan. Daunnya dapat digunakan bagi menghasilkan haid. Akarnya pula dapat digunakan bagi mengubati keputikan.


Lemak tidak tepu dan potassium dalam daging kambing lebih tinggi drpd daging ayam, lembu dan babi. Selain itu, anatara keempat-empat daging itu, kandungan asid lemak tepu dan sodium paling rendah dlm daging kambing. Ini bermakna, antara daging-daging tersebut, daging kambinglah y paling selamat dimakan. Walaupun demikian, daging kambing bersifat panas, jadi selepas memakannya minumlah jus belimbing.

Kacang merah mengandungi asid folat. Kajian menunjukkan asid folat mencegah Alzheimer. Setiap hari orang dewasa memerlukan 4oo milligram asid folat setiap hari iaitu bersamaan dengan 2oo gram kacang merah. Asid folat juga banyak terdapat dalam avocado.


Susu ibu merupakan makanan lengkap bagi bayi. Allah memerintahkan dlm surah al-Baqarah ayat 233 supaya para ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Kajian mendapati menyusukan anak mengurangkan risiko barah payudara. Oleh itu, ramai dlm kalangan wanita moden menghidap barah payudara disebabkan keegganan mereka menyusukan anak.


Setiap organ mempunyai kandungan air y berbeza-beza. Kekurangan air menyebabkan fungsi organ terganggu dan mengakibatkan keberkesanan organ terjejas. Misalnya, kekurangan air menjejaskan fungsi testis y berperanan menghasilkan sperma, menjejaskan kualiti sperma dan kuantitinya. Akhirnya apabila tidak dijaga, kemandulan mungkin berlaku.

الخميس، 28 يونيو، 2012

TREATING PIMPLES



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاثه

PROPHET SAW GUIDANCE ON TREATING PIMPLES

            Ibn As-Sunni  (may Allah have mercy upon him) said in his book that one of the Prophet’s wives said, “Once, the Messenger of Allah came when I had a pimple on my finger. He said:

(( عندك ذريرة ؟ قلت : نعم, قال : ضعيها عليها. وقال : قولي : اللهم مصغر الكبير, ومكبر الصغير, صغر مابي ))

“Do you have Tharirah (Arum)?’ I said, “yes”. He said: “Place it on the pimple.” He then said: ‘Say, O Allah who transforms the big to small and the small to big, make what I am suffering from small.” [Al-Hakim also narrated the hadith].

            Tharirah (Arum) is an Indian remedy made of arum cane. Arum is hot and dry and helps against stomach and liver tumors and dropsy and also strengthens the heart.

            In the Sahihain, it is narrated that ‘Aishah ra said, “I perfumed the Messenger of Allah swt with my hand using Tharirah (Arum) during the Farewell Hajj during the state of Ihram and otherwise.”

            The pimple is a grow that results from harmful, septic substances that push towards the skin to find a way out of the body. The pimples needs to mature and to then be opened and extracted, such as by using the Tharirah, which helps extract the septic matter from the pimple. Along with giving a good aroma. In addition, the Tharirah soother the hotness of the pimple. This is why the author of the ‘Al-Qanun’ said, “There is no better remedy for fire burns than the Tharirah, when it is blended with rose essence and vinegar.”

[ sumber: Healing with the Medicine of the Prophet saw, Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Darussalam, pg 130]



azi punyer guidance plak, tempek jer bedak sejuk y opah buatkan kat mr.J (jerawat) tuh.. hehe.. kata ummi, biar dy cepat kering.. ntah la.. azi pkai jer.. sbb ayah azi sllu tegur kalau ade smthing kat muke azi nih.. hehe (ayah prihatin).. so, nk elakkn dr kne tegur, nyahkan bende2 tu cepat2.. hehe.. mklum la, azi nih malas skit nk jage muke.. bile dah keluar jerawat baru tekedek2 cari bedak sejuk.. hehe..

satu lagi, perasan tak, azi dah boleh tulis jawi?? Hahahaha..!! azi baru jer masukkan font jawi.. happy sgt..!! boleh tulis jawi banyak2.. hehehe

cucumber


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Kali ni azi nak share pasal
The prophet’s guidance on neutralizing the harm of various foods and fruits
Mengikut buku tibb nabawi y azi ade nih.. hehe

            In the sahihain it is narrated that `Abdullah bin Ja`afar ra said, “I saw the Messenger of Allah saw eat ripe dates with cucumbers.”

            Ripe dates  are hot in second degree , increase  sexual desire and add strength to the cold stomach. However , ripe dates rot quickly, induce thirst, harm the teeth, spoil the blood and cause headaches, various clogs and pain in the prostate. Cucumbers are cold and wet in the second degree and they prevent thirst, have a freshing aroma and cool the stomach. When the seeds of the cucumbers are dried then crushed and are boiled with water, they produce a drink that will quench the thirst, help produce urine and soothe the pain in the prostate. When cucumber seeds are crushed and then sifted, they will whiten the teeth when brushed with it. Further, when cucumber plan leaves are crushed and blended with raisin jelly and used as a bandage, they will help against the bite of a hydrophobic dog.

            In general, dates are hot while cucumbers are cool, and each is suitable for the other and also neutralizes each other’s harm. This is a type of balancing off the harm of one substance by combining it with its opposite or antidote, and these are the goals that the preventive science seeks to achieve. In fact, these are the goals that the science of medicine as a whole seeks to achieve.

            Combining the foods or medicines with their antidotes or opposites make the product milder and rids it of any harmful side effects. Consequently, the body will preserve its health, strength and wellbeing.

            Aishah ra once said,  “they tried to make me fatter using every type of food, but I did not get fatter. But when they fed me ripe dates and cucumber, I become fatter.”

In short, neutralizing the effect of the hot substance with the cold. The cold with the hot, the dry with the wet and the wet with the dry produces a milder substance that is considered among the best remedies and preventive measures. We mentioned before the Prophet’s guidance concerning blending Senna and Sanoot (honey and butter) and stated that this method will make  the Senna milder. May Allah bestow His peace and blessings on him, who was sent with all that brings life to the hearts and bodies and what brings about their benefit in this life and the Hereafter.

Ok..!! tamat cerita pasal cucumber.. next time azi cerita pasal bnd lain plak ye.. jgn ke mana2..!! hahahaha ^_^

الاثنين، 25 يونيو، 2012

sembelih


Bismillahirrahmanirrahim wa assalamualaikum wbt..
Ehem..!! kali nih azi nak share ape y azi blaja tym awal2 azi smpai kat mesir nih dulu.. tarikh blaja.. errr, x ingt.. hehehe


panduan cara sembelihan haiwan mengikut kaedah
Al-Marhum Tuan Guru Hj Hashim Pasir Tumboh


Ø  Sebelum keluar rumah untuk melakukan penyembelihan

1.   Pastikan tubuh bersih daripada segala kekotoran dan seeloknya mandi terlebih dahulu (psstt.. kalau nk ketiak bersih, guna tawas.. hehe)
2.   Ambil wudu’ sebelum melakukan ibadat penyembelihan (mendatangkan keberkatan)
3.   Sediakan daun semeru, lalang, daun serai, dan sebiji bawang merah bersaiz kecil.
4.   Pastikan memakai pakaian yang bersih serta memakai penutup kepala. (seeloknya serban)
5.   Pisau mestilah tajam, lebih afdhal pisau yang dikhaskan utk sembelih shj dan tidak digunakan utk melapah kulit dan sebagainya (saiz universal 1o inci.. nk tajam, jangan sampai tulang.. daging aje..!!)
6.    Memakai bau-bauan


Ø  Sebelum melakukan penyembelihan

1.      Ambil bawang merah kecil, pecahkan dan ramaskan bersama-sama daun serai, daun semeru dan lalang (pucuk jagus)
2.       Ambil minyak hidung, sapukan pada pisau dan kemudian sapukan campuran bawang merah, lalang, daun serai, semeru yang siap diramas dan gumpal ke pisau serta kedua-dua belah tangan sampai ke siku.
3.      Pastikan dalam keadaan tenang dan nafas tidak berdengus kuat kerana ianya menyebabkan daging akn menjadi keras sekiranya pernafasan tidak dikawal. (rilex rilex..)
4.      Baca doa sebelum melakukan penyembelihan.


Ø  Semasa melakukan penyembelihan

1.      Masuk dari arah hadapan haiwan yg ingin disembelih setelah ianya direbahkan dan ikatkan.. (bagi lembu, unta, kambing, kerbau dan biri-biri..)
2.      Pastikan kedudukan tempat yg ingin disembelih di bahagian tengkuk haiwan itu tidak membetuli dgn kemaluan (ia akn buat daging bau hancing), tulang kering, keting, dan betis penyembelih (ia akn buat daging mnjadi keras). Elakkan sedikit kearah mengikut keselesaan supaya tidak menyukarkan semasa penyembelihan dilakukan.
3.      Cari biji halkum haiwan, hendaklah disembelih di bawah biji halkum dgn jarak yg dekat. Sekiranya haiwan yg tua, sembelihlah betul-betul di atas halkumnya. Ini akan menjadikan daging haiwan tersebut tidak berbau dan mudah empuk apabila dimasak.
4.      Elakkan penyembelihan jauh drpd halkum krn ianya akn menyebabkan daging berbau hamis serta liat utk dimasak. (kalau dkt dgn jantung pulak, darah akn membuak-buak, x caye.. cuba try test.. huhu)
5.      Sembelihlah haiwan dlm keadaan y tenang, jangan sesekali menahan nafas dan dalam keadaan gigi terkacip. (senyum..!! jgn tahan nafas..!! cool~)
6.      Bagi melakukan ibadah korban dan aqiqah, hendaklah diniatkan ibadah tersebut semasa percikan darah pertama jatuh ke tanah atau semasa hirisan pertama.
7.      Hendaklah dihabiskan sembelihan di sebelah atas krn ianya boleh mengelakkan daging dihurung oleh langau dan lalat y banyak.
8.      Wajib memutuskan 3 urat iaitu halkum, saluran makanan dan urat saluran darah. Disunatkan memotong urat semerih, krn faedah memotong urat semerih adalah bagi mengelakkan haiwan kembali berdiri setelah disembelih..
*urat paling kanan = wadajan
            *kalau dah sembelih, haiwan bangun dan lari2 samada
            1. masuk sungai -> boleh makan
            2. kalau kejar -> x boleh makan
            *kedua2nya perkara y x disengajakan
            *waktu sembelih, pisau jgn angkat, kalau angkat, then darah berhenti, haram makan

Ø  Selepas melakukan sembelihan

1.      Sapu hujung pisau pada pipi haiwan yg disembelih dan sapu pisau di badan haiwan serta dgn tangan yg terkena darah.
2.      Jangan basuh tangan dan pisau selepas penyembelihan haiwan, basuhlah selepas haiwan y disembelih mati terlebih dahulu krn ianya boleh mengelakkan daging jadi berlemak.. (petua!! Hehehe)
3.      Sapu badan haiwan drpd kepala sampai ke ekor sambil membaca surah  Al-Quraisy utk sembelihan kenduri bagi melariskan daging, begitu juga daging utk dijual..
*binatang y koma, tapi masih gerak2.. kalau sembelih, haram makan alasan dy gerak2 tu sbb baki muscle (otot2) dy y masih hidup..

#kalau sembelih itik, sembelihlah kat atas dkt dgn kepala, supaya cepat mati.. begitu juga dgn binatang2 y bersayap..
#lauk kari ayam ke, kari daging ke, ape skali pn y melibatkan daging haiwan y berdarah y dibuat masakan, kalau terkena pada baju bersaiz sebesar 1o sen dan lebih besar lagi.. maka baju itu x boleh bawak solat sbb lauk tu dah bercampur dgn darah daging ketika masak.. begitu juga air rendaman mayat /organ kat lab.. kalau terkena baju, so kne la tukar baju lain utk buat solat..
++ tambahan, kalau sentuh organ mayat y x tau samada hak llki or prmpn spt jantung, hati, tulang, x batal air sembahyang.. tapi kalau sentuh kulit atau organ lain y tau mmg ianya hak milik llki atau prmpuan spt kulit muka, kulit tgn, kemaluan maka batal air sembahyang mengikut syarat2 batalnya air sembahyang mcm biasa..


Ø  Doa semasa menyembelih haiwan


اللهم  ءانا نساءلك رضاك والجنة
فروح وريحان وجنة نعيم
بسم الله والصلاة على سيدنا محمد النبي الكريم
بسم الله الله ءاكبر وبسم الله الرحمن الرحيم