الاثنين، 6 أغسطس 2012

smart medicine


Sahabat mendatangi Nabi Muhammad SAW dan mengadu sakit mata. Nabi bersabda mengikut rekod Ibn Asakir, “Lihatlah Quran” Demikianlah agungnya Quran, kitab yang mengandungi kata-kata Tuhan. Sedangkan melihatnya pun sudah menyihatkan mata, inikan pula membacanya. Rekod menjelaskan para ulama’ terdahulu menyarankan kita membawa Quran dengan perasaan seolah-olah kita berbicara dengan Tuhan apabila kita hendak memperoleh manfaat daripadanya. Alangkah indah..!!



Ibn Sina berpendapat doctor terbaik adalah doctor y dpt mengubati pesakitnya tanpa memberi ubat bahkan tanpa menyentuh pesakit. Sebenarnya bukan ubat y menyembuhkan penyakit. Biasanya penyembuhan penyakit bermula drpd bagaimana si doctor melayan pesakitnya. Nabi Muhammad SAW bersabda : “Apabila ubat yang tepat mengenai penyakit, maka sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah” Sebenarnya, banyak penyakit dapat disembuhkan dgn sentuhan insani doctor.

Apabila kita mengalami keracunan, ambillah 5o gram daun cincau. Perah dlm empat gelas air hingga air menjadi hijau. Biarkan ia sebentar dan kemudian tambah 5 sudu nira. Kacau rata dan minumlah dua kali sehari. insyaAllah keracunan ditawarkan. Jika kita tidak sempat membuat cincau, carilah cincau hijau di pasar sebagai gantinya.


Sembelit berpunca daripada pemakanan tidak seimbang. Apabila mengalami sembelit, tambah pengambilan air dan makanlah bayam. Ini kerana bayam adalah pelawas y baik. Bayam juga mengandungi zat besi dan klorofil y membantu meningkatkan metabolisme dan kekuatan otot dan mencegah dan menyembuhkan anemia.


Cacing adalah parasit y sering ditemui di dlm badan manusia terutamanya kanak-kanak. Apabila terdapat cacing di dlm badan, dapatkan 3 cubit halia y dihiris nipis. Tambahkan 3 gelas air. Rebus campuran hingga airnya tinggal separuh. Kemudian sejukkan dan tapis campuran itu. Tambah 2 sudu besar madu dan kacau rata. Minum campuran itu sebanyak 3 kali sehari iaitu separuh gelas setiap kali minum. Lakukan hingga cacing keluar.


Kadar kolesterol y tinggi merosakkan pembuluh darah dan menjejaskan fungsi jantung. Atasi masalah ini dgn segera. Caranya adalah dgn mendapatkan 2 bawang putih, kemudian kukus selama 15 minit bagi menghilangkan baunya. Makanlah bersama sarapan atau makan tengah hari. Selain menyeimbangkan kadar kolesterol, bawang putih juga dapat mencegah penggumpalan darah dan serangan jantung.


Barah adalah penyakit berbahaya. Perbelanjaan y perlu dikeluarkan bagi menanganinya pula adalah tinggi. Jadi eloklah ia dicegah. Salah satu cara mencegahnya adalah dgn cara memakan pasli y masih segar. Pasli mengandungi miristin, asid folat, dan vitamin A serta C. pengambilan pasli mentah mengurangkan risiko barah.


Pelbagai kajian menunjukkan bawang putih mengandungi antibiotic y ampuh. Antara lain ia bermanfaat bagi mengubati penyakit jangkitan saluran pencernaan dan radang kerongkong. Bagi menyembuhkan radang kerongkong, campur satu ulas bawang putih y ditumbuk dgn 1 sudu besar madu. Minum campuran itu 3 kali sehari. insyaAllah sembuh.


Pesakit kencing manis perlu melatih diri mengawal kadar gula dlm darah dgn cara:

1.   Tidur sekurang-kurangnya 6.5 jam sehari
2.   Bertahajjud secara rutin, khusyuk dan hudhur
3.   Memastikan pemakanan y seimbang
4.   Bersenam dgn berjalan cepat
5.   Mengelakkan makanan manis
Sediakan campuran setengah sudu kecil campuran serbuk jintan putih dan secawan air panas. Biarkan campuran itu selama 15 minit, lalu tapis. Apabila pemanis diperlukan, tambah satu sudu kecil madu asli.


Minumlah teh hijau. Teh hijau mengandungi antioksida katekin y bermanfaat meneutralkan radikal bebas. Ia juga dipercayai dpt membantu membakar kalori dan menurunkan kadar kolesterol di dlm darah. Badan terasa segar apabila minum 2 gelas teh hijau sehari.


Perut kembung selalu berlaku kpd orang y mempunyai kelainan dlm system pencernaannya. Ini berlaku krn gangguan asid perut y berlebihan, kekurangan enzim pencernaan atau pun gangguan fungsi hati. Apabila perut kembung, dapatkan 2 sudu kecil serbuk kayu manis dan 4 sudu besar madu. Campurkan kedua-duanya. Kemudian minumlah sebanyak 3 kali sehari setiap kali selepas makan. (gunakan sudu plastic utk mengelakkan khasiat madu rosak)


Jerawat adalah masalah kulit yang biasa dialami remaja. 2 penyebab jerawat adalah kebersihan wajah y tidak terjaga dan naik turun hormone. Di samping menjaga kebersihan muka, rawatan jerawat memerlukan usaha berterusan. Dapatkan 3 sudu besar pati betik dan campurkan dgn 2 sudu besar pati jus limau. Sapu campuran itu pada wajah. Biarkan selama sejam setengah kemudian cuci muka dgn air suam.


Kajian oleh Dr. Hassan Syams Basa, doctor pakar dalm penyakit dalaman dan jantung dari King Fahd Hospital, Saudi Arabia mendapati wanita y meminum minyak zaitun secara rutin, risiko barah payudara dan rahim berlaku ke atas mereka menurun. Jadi, elok bagi para wanita meminumnya secara rutin. Selain itu gunakanlah ia bagi memasak tetapi dgn api y kecil kerana api y besar merosakkan strukturnya dan menghapuskan manfaatnya.


Hubungan intim adalah keperluan suami isteri. Dalam hal ini, nabi menyarankan para suami supaya tidak hanya memikirkan kepuasan sendiri. Salah satu perkara y menjejaskan hubungan intim adalah pancutan pramasa. Bagi mengelakkannya, 2 jan sebelum bersetubuh, tenangkan fikiran dan minum secawan sirap buah pala suam. Wallahu a’lam.


Lazimnya, wanita y mengalami menopause dilanda pelbagai masalah. Masalah-masalah itu perlu diatasi dlm 2 tahun pertama sejak awal menopause. Kajian mendapati salah satu cara mengatasi kesan menopause adalah dgn memperbanyakkan sujud dan bersujud dgn lama. Selain itu, minumlah segelas susu kacang soya setiap pagi dan biasaka memakan peria bagi makan tengah hari.


Air perahan buah-buahan atau pun sayur-sayuran kaya dgn mineral dan vitamin. Bagi wanita hamil yang ingin mengurangkan rasa mual y biasanya dialami ketika morning sickness, minumlah jus tembikai atau timun. Ini kerana kedua-duanya makanan y dpt menyejukkan sistem pencernaan.


Terdapat beberapa ubat y didak dpt diserap apabila diminum bersama susu. Contohnya aspirin. Jangan minum susu bersama asetosal. Ini kerana susu dapat menghalang penyerapan asetosal.


Berbekam disarankan Nabi Muhammah SAW. Ia dapat membuang toksik badan. Sebelum berbekam, lakukan urut refleksologi ataupun akupuntur bagi melancarkan aliran darah dan tenaga. Ini seterusnya mengoptimumkan manfaat berbekam. Berbekam secara rutin menyihatkan badan.


Autism juga dirawat dgn ayat-ayat al-Quran. Ini dapat dilakukan oleh ayah atau ibu pesakit. Bacalah surah an-Nas, al-Falaq, dan al-Ikhlas masing-masing tujuh kali, ayat Kursi sekali dan al-Fatihah 4o kali. Kemudian tiuplah pada air sambil memohon penyembuhan drpd Allah. Gunakan sebahagian dprd air itu sebagai minuman dan sebahagian lagi dicampurkan dgn air mandi pesakit.


Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya’ “Aku jadikan makhluk hidup daripada air” kajian mendapati air adalah komponen terbesar dalam semua makhluk hidup. 7o peratus dalam badan manusia adalah air. Inilah puncanya kekurangan air mengganggu keharmonian tubuh, dan menjejaskan kesihatan manusia. Banyak penyakit berlaku disebabkan kekurangan air dan pengambilan air tercemar.


Madu dapat menyembuhkan luka. Ini kerana madu bersifat higroskopis iaitu dapat menyerap kotoran nanah ataupun serum. Antibiotic y terkandung dlm madu dapat membunuh kuman dlm luka. Caranya:

1.   Membersihkan luka dgn air suam
2.   Sapu madu pada luka
3.   Biarkan sekurang-kurangnya 2 jam

Madu juga mengeringkan bisul. Bagi luka dgn kehilangan jaringan granulose, madu terbukti dpt meransang pertumbuhan jaringan granulose.


Berdasarkan hadis Nabi yang menyarankan pengambilan madu dan pengamalannya mengubati pesakit menggunakan madu, Ibn Sina berpendapat bahawa mereka y berusia melebihi 45 tahun patut diwajibkan mengambil madu secara teratur. Beliau menyarankan pengambilan madu bersama dgn buah y isinya keras seperti buah salak dan buah zaitun.


Susu mengamdungi kalsium y penting bagi pertumbuhan dan perkembangan tulang. Kurma pula mengandungi fosforus y memadatkan tulang dan magnesium y menguatkan tulang supaya tidak mudah patah. Magnesium juga diperlukan untuk pembentukan semula tulang. Jadi biasakan diri meminum susu sejak kecil bagi menghindari kemungkinan menghidap osteoporosis.


Salah satu rahsia panjang umur penduduk Kazakhstan adalah kebiasaan mereka meminum yogurt. Yogurt mengandungi protein y tinggi. Ia menurunkan kadar kolesterol dan juga kaya dgn kalsium. Segelas yogurt membekalkan 7oo milligram kalsium iaitu dua kali kandungan kalsium susu segar. Setiap hari, orang dewasa memerlukan 8oo hingga 1ooo milligram kalsium. Bagi wanita hamil pula, mereka memerlukan tambahan 2o peratus kalsium.


Cincau adalah minuman kegemaran y biasa dihidangkan semasa bulan puasa Cincau mempunyai sifat sejuk dan basah y baik diminum bagi mengurangkan kepanasan. Ia juga membantu mengubati barah dan demam kepialu. Ahli herba mengatakan mereka y mengalami gangguan pencernaan  supaya meminum cincau.


Tomato mempunyai manfaat y besar. Ia mengandungi vitamin A dan C, lycopene iaitu antioksida y dpt mengurangkan risiko pembengkakan prostat. Setiap hari minumlah jus tomato yang diperbuat drpd 2 buji tomato bersaiz sederhana. Bagi lelaki berusia 4o tahun ke atas, amalan ini dapat menyihatkan prostat.

Ia juga menurunkan risiko penyakit jantung koronari dan pembuluh darah serta menurunkan risiko barah payudara. Wanita juga disarankan meminum jus tomato y tinggi kandungan seratnya. Jus tomato serta tambahan 2 camca madu asli. insyaAllah daya tahan badan meningkat dan risiko mendapat penyakit radikal bebas dapat dicegah. Seratnya pula dapat membantu pembuangan air besar.


Allah berfirman dlm surah Ar-Rahman ayat 68 “Di dalam syurga terdapat buah-buahan kurma dan delima” Buah delima disebut secara spesifik. Kulit delima dpt dijadikan ubat cacing, isinya digunakan sebagai pembuang angin bagi perut kembung dan bagi menguruskan badan. Daunnya dapat digunakan bagi menghasilkan haid. Akarnya pula dapat digunakan bagi mengubati keputikan.


Lemak tidak tepu dan potassium dalam daging kambing lebih tinggi drpd daging ayam, lembu dan babi. Selain itu, anatara keempat-empat daging itu, kandungan asid lemak tepu dan sodium paling rendah dlm daging kambing. Ini bermakna, antara daging-daging tersebut, daging kambinglah y paling selamat dimakan. Walaupun demikian, daging kambing bersifat panas, jadi selepas memakannya minumlah jus belimbing.

Kacang merah mengandungi asid folat. Kajian menunjukkan asid folat mencegah Alzheimer. Setiap hari orang dewasa memerlukan 4oo milligram asid folat setiap hari iaitu bersamaan dengan 2oo gram kacang merah. Asid folat juga banyak terdapat dalam avocado.


Susu ibu merupakan makanan lengkap bagi bayi. Allah memerintahkan dlm surah al-Baqarah ayat 233 supaya para ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Kajian mendapati menyusukan anak mengurangkan risiko barah payudara. Oleh itu, ramai dlm kalangan wanita moden menghidap barah payudara disebabkan keegganan mereka menyusukan anak.


Setiap organ mempunyai kandungan air y berbeza-beza. Kekurangan air menyebabkan fungsi organ terganggu dan mengakibatkan keberkesanan organ terjejas. Misalnya, kekurangan air menjejaskan fungsi testis y berperanan menghasilkan sperma, menjejaskan kualiti sperma dan kuantitinya. Akhirnya apabila tidak dijaga, kemandulan mungkin berlaku.

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق